Berita Harian - Sarawak Terus Mansang
2011/04/06
MUKAH: Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, pagi ini menyerahkan borang pencalonan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian pada pilihan raya negeri Sarawak 2011 di Dewan Suarah Mesra di sini.
Taib, 74, tiba di pusat penamaan calon pada 9.15 pagi selepas diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman serta 5,000 penyokong Barisan Nasional (BN). Turut sama, isteri Taib, Puan Sri Ragad Waleed Taib. Taib yang juga Pengerusi BN Sarawak sebelum itu berarak sejauh kira-kira dua kilometer bersama penyokong yang membawa bendera BN dari Masjid Setia Raja ke pusat penamaan calon sebelum menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohamad Nawawi, yang juga Pegawai Daerah Mukah.
Sebelum itu, bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Salleh Jafaruddin, 65, menyerahkan borang pencalonan sebaik sahaja pusat penamaan calon dibuka pada 9 pagi.
Salleh, diiringi isterinya, Datin Sharifah Hajijah Syed Jamil dan seorang lagi bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Bujang Ulis, serta dua orang penyokong.
Ditanya pemberita kemudian, Salleh hanya berkata beliau akan bertanding sebagai calon Bebas menggunakan lambang kunci bagi mewakili sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dinamakan Movement of Change Sarawak (MOCS).
Proses penamaan calon bagi pilihan raya negeri 16 April ini berlangsung selama sejam dan akan tamat pada 10 pagi.
Di Hulu Rajang, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri Dr James Masing, tiba di Dewan Suarah Kapit setengah jam lebih awal dan menyerahkan kertas pencalonan untuk mempertahankan kubu kuatnya di DUN Baleh pada jam 9 pagi.
Ini disusuli lawan beliau daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Bedindang ak Manjah, kira-kira 15 minit kemudian.
Di Miri, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr George Chan, yang mempertahankan kerusi DUN Piasau, tiba pada 9.20 pagi di Dewan Suarah Miri untuk menyerahkan borang pencalonannya.
Pendatang baru daripada DAP, Ling Sie Kong tiba lebih awal sejurus selepas pusat penamaan calon dibuka pada 9 pagi dan menyerahkan borang pencalonannya untuk bertanding menentang Dr Chan.
Di Stadium Tertutup Miri, Datuk Lee Kim Shin daripada SUPP dan calon PKR DR Michael Teo Yu Keng tiba tepat 9 pagi untuk mengemukakan borang pencalonan mereka bagi kerusi DUN Senadin.
Pada 2006, Lee menang dengan majoriti 4,799 menewaskan calon PKR Chai Chook Fui.
Di SIBU, penyandang kerusi DUN Bukit Assek dan Pengerusi DAP, Wong Ho Leng, yang diiringi beratus-ratus penyokong, adalah calon pertama tiba di bangunan Perpustakaan Majlis Perbandaran Sibu untuk mengemukakan borang pencalonan.
Saingan beliau, Chieng Buong Tong daripada SUPP, yang dalam usaha merampas kembali kerusi itu bagi BN, diiringi 200 penyokong.
Di KUCHING, Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB) diiringi isterinya, Siti Shorgayah Zaidin dan Ahli Parlimen Santubong, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, ke pusat penamaan calon bagi kawasan DUN Pantai Damai.
Calon PKR, Wan Zainal Abdin Wan Senusi, pula diiringi Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, untuk menyerah borang pencalonannya.
Pertandingan bagi kerusi DUN Pantai Damai turut menarik calon Bebas, Suhaimi Selamat yang tiba di pusat penamaan calon pada 9.25 pagi. - BERNAMA
Wednesday, April 6, 2011
PKR’s full list of candidates
PKR’s full list of candidates
Posted on April 5, 2011, Tuesday, Utusan Borneo
N1 Opar – Boniface Willy Tumek
N2 Tasik Biru – John Tenewi Nuek @ John Tenewi
N4 Pantai Damai – Wan Zainal Abidin Wan Senusi
N5 Demak Laut – Ali Hossen Abang
N6 Tupong – Baharuddin @ Din Shah Mokhsen
N7 Samariang – Zulrusdi Mohamad Hol
N8 Satok – Ahmad Nazib Johari
N11 Batu Lintang – See Chee How
N14 Asajaya – Arip Ameran
N16 Bengoh – Willie Mongin
N17 Tarat – Peter Ato Mayau
N18 Tebedu – Christopher Kiyui
N19 Kedup – Lainus Andrew Luwak
N21 Simunjan – Mashor Hossen
N23 Lingga – Abg Ahmad Arabi Abd Bolhassan
N25 Balai Ringin – Ibi Uding
N26 Bukit Begunan – Jimmy Lim @ Jimmy Donald
N28 Engkilili – Marudi @ Barudi Mawong
N29 Batang Ai –Nicholas Bawin Anggat
N30 Saribas – Abang Zulkifli Abang Engkeh
N31 Layar – Stanny Embat Pharoh Laja
N32 Bukit Saban – Jerah Engkiong @ Edward Jerah
N33 Kalaka – Mohjd Yahya Abdullah
N34 Krian – Ali Biju
N35 Belawai – Abdul Wahab Abdullah
N36 Semop – Kiprawi Suhaili
N37 Daro – Jamaludin Ibrahim
N42 Meluan – John Brian Anthony Jeremy Guang
N43 Ngemah – Aris Alap
N44 Machan – Chen Nguk Fa
N49 Nangka – Norisham Mohamed Ali
N50 Dalat – Sylvester Ajah Subah @ Ajah Subah
N51 Balingian – Surianti Abdullah
N52 Tamin – Mengga Mikui
N53 Kakus – Paul Anyie Raja
N54 Pelagus — Edward Sumbang Asun
N55 Katibas – Munan Laja
N56 Baleh – Bendindang Manjah
N57 Belaga – Basah Kesing @ Ali Basah Kesing
N58 Jepak – Abdul Jalil Bujang
N60 Kemena – Bernard Binar Bayang Rading
N61 Bekenu – Ishak Mahwi
N62 Lambir – Zolhaidah Suboh
N65 Senadin – Michael Teo Yu Keng
N67 Telang Usan – Harrison Ngau Laing
N69 Batu Danau – Lau Liak Koi
N70 Ba Kelalan – Baru Bian
N71 Bukit Sari – Japar Suyut
11,300 Anggota Polis Bertugas Pada Pilihan Raya Sarawak Ke 10
Lebih 11,300 anggota polis bertugas pada pilihan
raya
by Jessica Jawing. Posted on April 6, 2011, Wednesday
BERSIAP SEDIA:Hishammuddin semasa sidang media berhubung Pilihan Raya Negeri akan datang di IPK, semalam. Turut kelihatan Abu Seman (kiri) dan Mohmad (kanan).
KUCHING: Persiapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini berada dalam keadaan cukup baik dengan jumlah lebih 11,300 anggota sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-10 Sarawak.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jumlah itu turut dibantu dan disokong oleh pasukan daripada pasukan polis dari Sabah.
Ia menurut beliau bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar dan mencukupi khasnya bagi kawasan yang dianggap panas.
“Kita berharap ia (anggota) mencukupi namun kita ada ‘back up’ sekiranya ada keperluan,” katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak di sini, semalam.
Beliau dalam pada itu terus mengingatkan kepada pihak yang berkempen agar sentiasa menjaga keharmonian, keselesaan dan keamanan di negeri ini terutamanya kepada mereka yang datang dari luar.
“Tidak kira dari parti mana, apapun isu yang boleh menimbulkan kekeruhan, berbau perkauman, keagamaan dan beremosi ia perlu dibendung,” katanya.
Beliau memberitahu biarkan (pengundi) melalui proses demokrasi dan menjalani pilihan raya negeri dengan selesa selain menunaikan tanggungjawab tanpa diganggu oleh mana-mana pertimbangan.
“Bagi pihak KDN dan PDRM, saya agak berpuas hati dengan persiapan yang telah dilakukan tetapi pada masa yang sama mereka (polis) berada dalam keadaan siap sedia sekiranya ada insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya.
Beliau memberitahu terdapat tidak lebih daripada enam kawasan dikenal pasti kawasan panas dan majoriti kawasan bandar.
“Kita sudah hadapi 17 pilihan raya kecil, sedikit sebanyak kita dah tahu faktor yang boleh mencetuskan kehangatan di kawasan berkenaan.
“Misalnya jumlah calon kawasan yang melebihi dua calon juga mungkin menjadi satu faktor baru di pilihan raya negeri..dan ia telahpun kita ambil kira,” tegasya.
Apapun kata Hishammuddin kehadiran polis secara fizikal di setiap kawasan akan mengingatkan kepada pihak berkempen supaya sentiasa berpada-pada dalam meraih sokongan dan simpati.
Hadir sama Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop dan Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Mohmad Salleh.
Subscribe to:
Comments (Atom)